Pinjaman Berlesen Pegang kad ATM ke tak?



Ada berbagai bagai syarikat kredit komuniti ataupun pemberi pinjaman wang berlesen di Malaysia ni , ada yang tak pegang kad dan ada juga yang pegang . Biasa yang tak pegang kad ni lebih strict kelulusan nya. Untuk membuat pinjaman dengan syarikat yang tidak memegang kad mereka akan menyemak rekod kredit anda yang lepas . Kalau anda mempunyai CTOS atau CCRIS serta komitmen yang tinggi kemungkinan besar permohonan pinjaman anda akan ditolak.

Bagi syarikat yang pemegang kad ni adalah lebih mudah kelulusan kerana ia akan memberi lebih sekuriti kepada peminjam untuk mengutip semula bayaran bulanan. Syarikat Kredit Komuniti yang bagus ialah mereka menjaga rekod bayaran dengan baik. Mereka akan membuat pemotongan bayaran mengikut jadual yang diberikan kepada pemohon pada awal permohonan. Potongan akan dibuat biasa pada hari gaji pemohon, baki dari potongan itu akan diserahkan kepada peminjam pada hari tersebut juga. 

Pada pandangan peribadi saya , kenapa takut nak bagi kad ? Sepatutnya syarikat lebih takut kerana syarikat nak bagi duit mereka kepada peminjam. Adakah peminjam sudah berniat untuk tidak mahu membayar? Sebenarnya kalau peminjam itu nak buat jahat , mereka bila bila masa saja boleh ke bank menukar kad baru tapi keburukannya , sekali tu saja lah mereka boleh berurusan kerana mereka akan disenarai hitam. Sudahlah dengan bank pun dah tak boleh mohon , dengan syarikat kredit komuniti pun dah blacklist. Apa keuntungan dari syarikat jika syarikat sendiri tidak menjaga amanah ? Pemohon tentulah akan hilang kan ? Ini amat merugikan syarikat.

Melalui kad ATM ini jugak Pihak syarikat kredit komuniti boleh kenalpasti bahawa peminjam sudah mempunyai pinjaman dengan syarikat pinjaman lain. Pengalaman saya ramai yang kena scam sebab mereka terpengaruh dengan tawaran TAK PEGANG KAD ATM ni lah , sudahnya kena tipu dengan Scammer. Mungkin anda rasa anda bijak tapi sebenarnya scammer itu lebih licik dan sentiasa mencari peluang untuk scam.

Kesimpulannya semua keputusan di tangan anda. Jangan sampai bila dah kena scam , mengamuk sana sini. Bagi yang masih berasa sangsi bolehlah hubungi saya untuk pertanyaan lanjut , jika ada apa apa masalah boleh saya jawab dengan sebaik mungkin. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perkhidmatan kredit komuniti

Kelayakan pinjaman kredit komuniti